
|
Dislaimer. ![]() |
HAPPY NEW YEAR !
Assalamualaikum semua :) haha , bajet ramai je yang baca blog aku nia haa . ni nak update pasal new year haa ! tapi aku lambat update haa , sebab idea tak sampai lagii . normal lah kan , semua para blogger mesti update pasal new year je kan . New Year aku tahun ni rasa macam tak best . Yelaa first aku dah 17tahun , bukan main kejap je dohh tak lama lagi aku dah habis sekolah . Pasti merindui SMKSP !Bila dah 17 tahun semua mesti taukan apa yang aku kena buat , STUDY dan STUDY dan STUDY !! tapi aku bukan kaki STUDY dohh . Tapi takpe ni tahun last aku cuba lah wat yang terbaik. Azam tahun baru nih aku nak buktikan yang aku ni mampu buat ibubapa aku tersenyum dengan aku . Belum start sekolah lagi ayah aku dah Warning ! dia cakap kau tahun nih SPM kan , so kau takpayah nak bebas bagai . OHNOO , aku kena duk rumah belajar lah tuhh maksud dia . SUMPAH taksuka dohh , tapi nak wat macam manakan dah SPM ni penentu masa depan aku , nak tak nak redha jelaa . Azam aku yang kedua , aku nak bahagikan masa yang secukupnya , untuk wana dengan masa study aku . Wana pun nak exam kan . so goodluck ye sayang ! Then aku nak setia , aku dah malas nak tuka-2 awek . aku rasa wana ni lah paling terbaik sekarang . Dia faham aku and bagai-bagai lahaii , jangan tinggalkan aku ye sayang !! so SEMOGA TAHUN 2012 ni jadi tahun yang paling baik dari tahun 2011 . (Y) 10 bakti yang perlu dilakukan setiap anak terhadap ibubapa.
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian. Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa: 1. Memberi nafkah : Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak. 2. Menyediakan tempat tinggal : Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik. 3. Memberi kasih sayang : Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24). 4. Memberi perhatian : Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak. 5. Memenuhi permintaan : Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah. 6. Melakukan apa yang disukai : Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi). Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati. 7. Bercakap dengan lemah lembut : Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar. 8. Menghadiahkan kejayaan : Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu. 9. Meluangkan masa bersama-sama : Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya. 10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa : Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim). Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup. NEW MONEY :)
SALAM SATU MALAYSIA ! cehh , haha , ni nak mintak maaf sebab dah lama tak update blog ,dah bersawang blog aku enn :) yelaa laki enn mana ada banyak idea nak update , lain lah perempuan enn bersepah-2 idea diaa . :) act nak cerita pasal NEW MONEY ! hahah , duit baru malaysia 2012 nanti . hehehhe serius lawaa dohh . terbaik lah PERDANA MENTERI kitaa :D serius aku kagum gilaa tengok duit nihh wehh . haa see :) amacam ! lawa takk . AWESOME kann . hee~ teruja aku wehh , lagi-2 duit RM20 tuu :DD tak sabar-2 aku nak guna duit baru ohh :) MALAYSIA AWESOMEE <3 existence PRINGGLEZZ :)
Huhhh , assalamualaikum kawan ! saja na bg tahuu manadatang nickname aku . ramai tanya apa itu PRINGGLEZZ kann . huhh , ini lah dia punca aku letak nickname niehh . aku suka makan benda alah niehh . sedapp bhaiii . korang poun mesti suka kann , :) , Aku saja jea maen letak-2 . kejap lagi aku tengok ramai jugak pakai nickname niehh . hahhaa , maknanya dieorang poun suka juga bendaalahniee .KITA GENG lah yeaa , mana yg pakai nickname sama dgn aku . heee~ act aku merepek kann :P dah nie jela yang berkaitan dengan nickname burokk aku niehh ,hahah . papai . :D Mengharapkan cepat dapat lesen :)
Hai STALKER :) , ta lame lagi umo aku dah 16 tahun , lamaa wehh na tggu . akhirnya smpai jugakk bulan november . excited pulakk dohh :) nanti korang bg lah present kat aku eak , HAHA , :P (palingkomanpounbelanjatopap) . Sebenarnya na bagitahu , aku dah nak amek LESEN , lama gilaa aku tunggu saat-2 niehh yelaaa kawan-2 aku suma dah ada LESEN , aku je tade .jelous kott tengokk dieorang . merayau sana-sini dengan tampal stiker LESEN dieoranag , erhhh , harap-2 lepas jea BIRTHDAY aku , aku teros boleh amek LESEN . doakan aku berjaya tau , tau . nanti kalau aku dah ada lesen . aku boleh lepak rumah korang . HAHA , :P pape poun tahun nieh tarikh BIRTHDAY aku semadd 11/11/11 . kau ada ! takda kann , huhh , so ringan-2kan tangan tuk bagi hadiah eahh . HAHAHA :)) SALAM ! . Hearts for sales ♥
:) saya ingin menjual hati saya kepada wanita-2 yang berminat ! HAHA , mengada dohh aku :P ada ke yang berminat ? takde kott . yelaa sapa lah aku kan .wheee~ , siapa-2 yang nak beli mesti kena ada duit yang bernilai kasih sayang , jujur , setia , ikhlas , terima seadanya ! dan anda akan mendapat ganjaran setelah anda betul-2 berminat, anda akan disayangi oleh saya sepenuh hati , cehhh :P (poyojeaku) . tapi aku betul-2 bosan MEMBUJANG , selalu jumpa perempuan yang nak game kan aku , jeaa .sedehh :P HAHA , cukup lah aku merepek eah . selamat membeli ♥ :) why i should be jelous !
haaa , nie aku na bgtahu . aku ta tahu lah kenapa dalam diri aku nie ada sifat cemburu ! sedangkan aku dgn budakk tuhh takde hubungan pape poun , ntah lah . myb aku sayang dia kott , woahhh gediknya akuu , hahah :P , Myb aku kena padamkan perasaan aku terhadap dia kott . yelaa dia mana la nak pandang aku , aku ta sehebat dia. lagi-2 dia ramai peminat mmg ta lah kann . Tapi walau mcm mana poun aku tetap sayang dia ! HAHA :P lagi poun aku rasa dia poun ta suka aku gila-2kan dia . haaa , KISAH JIWANG BINGAI aku :P aku sayang kau budakk ! 4 rafllesia gila-gila :)
nie budak-2 kelas aku yang AGAK MASUK AIR . tanpa dieorang aku rasa kelas tuhh memang ta hidup kott , HAHA , budak-2 nie suma wanted ngan cikgu , hahahha . mana taknya dah masing-2 wat kelass tuhh mcm kelas bapak dieorang punyaa . btw 4RFLS memang gempak beb :) suma sporting lagi-2 time nak peksa , hahahah , masing-2 tau apa itu KERJASAMA :))
|